top of page

Makna, Tujuan dan Kualiti Pendidikan - Histeriografi Ringkas Peradaban Islam (Bahagian 1)

  • Admin
  • 13 Jun 2025
  • 1 min membaca

Kualiti pendidikan dalam Islam boleh tercapai apabila berasas kukuh kepada dasar, matlamat, kaedah pendidikan yang berpaksi kepada ajaran al-Quran, panduan kenabian. Juga dicerna dan dibuktikan oleh para ilmuan-cendekiawan dari kalangan ummat Islam dan institusi berwibawa sejak awal Islam sehingga kini. Merentasi tempat dan waktu serta bertepatan dengan keperluan semasa dan desakan mendatang. Pendidikan dan institusi yang menghasil individu-individu terbaik adalah semasa zaman Nabi Muhammad saw dan para sahabat di kota suci Makkah, Madinah. Disusuli zaman Khulafa al-Rasyidun, Ummayyah, Abbasiyah dan peradaban gemilang Islam selanjutnya. Bersandar pandang alam yang murni, jelas, kukuh berjaya mengatasi cabaran-pengaruh Parsi, Rum-Bizantium yang lebih awal dan lebih canggih dari segi ilmu, teknologi dan pelbagai aspek peradaban. Juga berjaya menyaring, memilih keilmuan dari Yunani, India dan Cina yang tamadun ribuan tahun lebih awal.


Abdullah Othman

Komen


bottom of page