Dr. Mohd Farid Shahran

Dr Mohd Farid Shahran kini merupakan Pengarah Pusat Pengajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian ilmu yang diwahyukan dan warisan Islam dalam bidang fiqh dan usul fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1994), Ijazah Sarjana (MA) dari Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) (2000) dengan tesis bertajuk “Fakhr al-Dīn al-Rāzī’s Edition of His Logic: al-Mantiq” dan Doktor Falsafah (Ph.D) daripada ISTAC (2006) dalam bidang Pemikiran Islam dengan tesis bertajuk “Divine Transcendence and the Problem of Anthropomorphism in Fakhr al-Dīn al-Rāzī’s Kalām”.
Kerjaya beliau bermula sebagai Pembantu Penyelidik, ISTAC (1995-1998); Felo Penyelidik, ISTAC (1999-2003); dan kemudian sebagai Pensyarah di UIAM (2003-2011). Antara karya beliau yang diterbitkan ialah: Fakhr al-Din al-Razi on Divine Transcendence and Anthropomorphism, A Refutation Against The Literalist (ISSI-KRM-Ta'adib, 2017) dan Akidah dan Pemikiran Islam: Isu dan Cabaran (ITBM,2015).
Beliau terlibat sebagai ahli dalam Majlis Pakar Aqidah JAKIM dan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Selain menulis kertas kerja untuk jurnal akademik, majalah dan akhbar, beliau turut membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar tempatan dan antarabangsa serta menyampaikan beberapa siri ceramah dan kursus mengenai agama, akidah (aqidah) dan etika di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan beberapa institut latihan di seluruh Malaysia.
Anda boleh menghubungi beliau di faridshahran@gmail.com